United bakal berdepan hukuman kerana lewat - Utusan Malaysia

United bakal berdepan hukuman kerana lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 4 Okt. – Padah buat Manchester United akibat tiba lewat untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Velencia di Old Trafford, awal pagi tadi apabila bakal berdepan tindakan disiplin daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Menurut kenyataan ringkas daripada UEFA, mereka telah membuka prosiding disiplin terhadap kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan yang melanggar peraturan pertandingan sehingga menyebabkan ‘sepak mula lewat’.

Kes berkenaan akan dibicarakan oleh Badan Disiplin, Etika dan Kawalan UEFA pada 18 Oktober ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Keputusan itu menambah tekanan ke atas kedudukan Mourinho bersama United yang semakin terancam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini