UEM Sunrise lancar Residensi Astrea - Utusan Malaysia

UEM Sunrise lancar Residensi Astrea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – UEM Sunrise Bhd. melancarkan projek terbaharunya, Residensi Astrea Mont Kiara yang menawarkan 240 unit kediaman berkeluasan dari 126.8 meter persegi sehingga 172.7 meter persegi dengan harga bermula dari RM1.2 juta. 

MODEL RESIDENSI ASTREA
MODEL RESIDENSI ASTREA 

Pengarah Sentral 2 UEM Sunrise, Liong Kok Kit berkata, projek kondominium berkepadatan rendah yang dibangunkan di atas tanah seluas 0.97 hektar itu dijangka siap pada suku pertama 2023.

Beliau berkata, Residensi Astrea Mont Kiara dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM323 juta.

“Residensi Astrea Mont Kiara adalah satu lagi contoh kejayaan komitmen kami dalam menawarkan kediaman yang menepati gaya hidup masa kini,” katanya pada majlis pelancaran Residensi Astrea Mont Kiara di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN