Tunku Ismail tinjau harga barang - Utusan Malaysia

Tunku Ismail tinjau harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Harga barangan mentah yang dikatakan semakin meningkat mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan melawat Pasar Awam Larkin, di sini hari ini.

TMJ turun tinjau harga
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim  berkenan melawat Pasar Awam Larkin, hari ini. – UTUSAN ONLINE/FB HRH Crown Prince of Johor

Menurut entri terbaharu laman sosial HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berbuat demikian kerana mahu mendapat gambaran lebih jelas berhubung isu tersebut.

TMJ bersalam dengan rakyat
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat Pasar Awam Larkin, hari ini. – UTUSAN ONLINE/FB HRH Crown Prince of Johor

“Saya telah melawat ke Pasar Awam Larkin di Johor bagi mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan harga barangan mentah yang semakin meningkat kerana saya ingin lebih memahami apa yang rakyat sedang lalui pada masa ini.

“Saya ingin membuat kajian bagaimana untuk membantu rakyat dengan mengurangkan harga barangan di pasar seperti telur, ikan, ayam, daging dan sebagainya,” kata Tunku Ismail menerusi entri tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN