Tunggakan gaji pemain MU langsai bulan depan - Utusan Malaysia

Tunggakan gaji pemain MU langsai bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 4 Okt. – Isu tunggakan gaji pemain Melaka United bakal diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya bulan depan.

ADLY ZAHARI

Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) berkata, tunggakan gaji sehingga Julai sudah diselesaikan dan MUSA kini berusaha membayar sepenuhnya gaji pemain bagi Ogos dan September.

“Tunggakan gaji pemain sehingga bulan Julai telah dibayar sepenuhnya dan selepas ini kita akan membayar baki dua bulan gaji tertunggak (Ogos dan September) pada bulan November ini,” katanya dalam sidang akhbar mesyuarat Exco kerajaan negeri di pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Melaka United sebelum ini berdepan isu tunggakan gaji pemain apabila MUSA menghadapi masalah penerimaan tajaan ekoran pertukaran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sementara itu, Adly memberitahu, Melaka United tidak bercadang menggugurkan khidmat pemain importnya musim depan meskipun pasukan tersebut berdepan masalah kewangan.

Menurutnya, khidmat pemain import masih diperlukan bagi mengekalkan prestasi pasukan untuk kekal dalam Liga Super.

“Kita akan memperhebatkan pembangunan di peringkat akar umbi dengan menyediakan program pembangunan seawal di peringkat sekolah rendah bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa hadapan,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN