KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah dengan tindak balas yang diterimanya selepas mengkritik kaum Yahudi. “Saya bercakap perkara benar, saya tak kisah apa yang orang nak gelarkan saya, termasuklah anti-Yahudi atau apa saja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini. Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya kenapa orang tidak boleh mengkritik atau memberi lebel kepada kaum Yahudi, tetapi…










