PUTRAJAYA 11 Okt. – Kerajaan akan meneruskan tumpuannya dalam melakukan pembaharuan terhadap struktur ekonomi negara agar kadar produktiviti meningkat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ke arah itu, kerangka kerja polisi persaingan negara perlu teguh menerusi satu infrastruktur tadbir urus pengawalseliaan yang berkesan. Katanya, sistem tadbir urus pengawalseliaan yang teguh, bertanggungjawab dan telus merupakan elemen penting dalam mengekalkan ekonomi yang dinamik serta berdaya tahan dalam menghadapi pasaran yang pesat berubah. “Seperti yang dijanjikan pada Buku Harapan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) and Pasukan Petugas Khas Pemudahcara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya