TIDAK keterlaluan untuk berkonvoi jika sekadar mahu menikmati juadah makan tengah hari di tempat yang jauh. Apatah lagi bila hobi anda adalah menunggang motosikal sama ada kapcai ataupun berkuasa tinggi. Itulah yang dilakukan oleh warga kelab permotoran Nimota CK9 Shah Alam (CK9SA) baru-baru ini. Mereka sanggup berkonvoi ke Temerloh di Pahang semata-mata mahu menikmati tempoyak ikan patin. Temerloh merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan ikan patin. Geografinya yang terletak di…










