WASHINGTON 17 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yakin beliau akan kekal memegang jawatan itu untuk penggal kedua pada 2020. “Ya, 100 peratus yakin,” katanya kepada stesen televisyen Fox Business semalam. Trump memulakan karier politiknya di AS dengan kemenangan mengejutnya ketika pilihan raya Presiden pada 2016 selepas mengalahkan calon pilihan parti Demokrat, Hillary Clinton. – AFP










