KUALA KANGSAR 7 Okt. – Pasukan dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar muncul johan Debat Piala Menteri Besar Perak kategori bahasa Melayu yang diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini hari ini. Walaupun menduduki tempat kedua terakhir dalam peringkat saringan, pasukan yang dibarisi tiga pendebat lelaki itu memberikan persembahan terbaik pada peringkat separuh akhir dan akhir untuk memastikan piala berprestij itu milik mereka.…










