KOTA BHARU – Lembu jantan bernama ‘Abu’ seberat 940 kilogram menjadi buah hati pengarang jantung seorang peniaga kedai makan apabila sanggup menolak tawaran harga RM15,000 pihak yang mahu membelinya untuk ibadah korban Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Mohd. Sapian Safii, 49, dari Kampung Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh, berkata, dia sangat menyayangi lembu berusia 3 tahun 2 bulan daripada baka Charolais tersebut meskipun terpaksa berhabis wang dan masa. Mohd. Sapian…










