MALAYSIA ialah sebuah negara yang unik. Keunikannya adalah kerana kepelbagaian kaum dan etnik masyarakatnya. Dengan agama dan budaya yang berbeza, masyarakatnya sama-sama berusaha berjuang meraih kejayaan hidup dalam satu suasana persaingan yang sihat. Rahsia kejayaan ini adalah kerana sikap saling hormat-menghormati dan memahami akan agama dan budaya masing-masing serta rasa kasih sayang antara satu sama lain tanpa rasa prasangka. Kunci kejayaan mengekalkan keharmonian hubungan dalam memelihara pergaulan antara sesama kita,…










