PUTRAJAYA 4 Okt. – Penahanan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam adalah mengikut lunas undang-undang dan tidak mempunyai kaitan dengan balas dendam. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada mana-mana individu yang terkecuali daripada dikenakan tindakan sekiranya berlakunya pelanggaran undang-undang. “Ini tiada langsung kaitan dengan balas dendam, undang-undang menyatakan sekiranya anda mengambil atau mencuri duit, anda akan didakwa di mahkamah.…










