KULIM 9 Okt. – Sekumpulan pelajar Angkatan Kebudayaan, Seni dan Warisan (Aksi) di Unit Kebudayaan dan Warisan Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum serta Kebudayaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim di sini berpeluang menyertai Program Pengantarabangsaan Budaya Serantau ASEAN 2018 selama tiga hari di Hatyai dan Songkla, Thailand, baru-baru ini. Ketua penyelaras program itu, Nur Farrah Azwa Jasni berkata, program berkenaan disertai sembilan pelajar dan tiga pegawai politeknik tersebut. “Matlamat utama program…










