KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengumumkan 30,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu Football Club I (TFC I) dan Perak akan dijual mulai Khamis ini. Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini dijual pada harga RM50 untuk dewasa manakala bagi penonton kanak-kanak pula berharga RM10. “Kesemua tiket untuk penyokong TFC I itu…










