KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan tiga kategori rumah mampu milk yang akan dibina di bawah Dasar Perumahan Negara, selewat-lewatnya pertengahan November ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata rumah berharga RM150,000 dan ke bawah, RM150,000-RM300,000 dan RM300,000-RM500,000 akan termasuk dalam kategori baharu itu. Zuraida berkata semua projek perumahan di bawah lima entiti perumahan terdiri daripada Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),…










