Tidak dapat bawa pulang jenazah Wan Amizan hari ini - Utusan Malaysia

Tidak dapat bawa pulang jenazah Wan Amizan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Hasrat membawa pulang jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak ke tanah air hari ini tidak kesampaian disebabkan beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Jenazah Wan Amizan sepatutnya diterbangkan dari Sri Lanka hari ini, namun terpaksa ditangguh hingga esok.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, berdasarkan maklumat terkini daripada keluarga arwah, jenazahnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 6.45 pagi esok.

“Sebelum ini kami dimaklumkan jenazah dijangka sampai 5.05 petang ini, tapi ditunda ke hari esok sebelum dibawa ke kampung halamannya di Felda Jengka 12, Maran untuk dikebumikan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

“Saya akan mendapatkan berita terkini daripada keluarganya yang berada di sana dan sama-sama kita mendoakan agar segala urusan dipermudahkan Allah,” jelasnya.

Allahyarham Wan Amizan meninggal dunia di sebuah hospital di Colombo, Sri Lanka ketika mendapatkan rawatan penyakit buah pinggang di sana petang semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN