Tidak boleh hapus Grab, Uber - Utusan Malaysia

Tidak boleh hapus Grab, Uber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Kerajaan tidak mempunyai sebarang pendirian dan dasar untuk menghapuskan perkhidmatan e-hailing di negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkhidmatan Grab dan Uber mempunyai pe­ranan tersendiri dalam me­ngisi perkhidmatan yang tidak mampu diisi oleh pengangkutan awam yang lain dan digunakan di seluruh dunia.

“Pada dasarnya kita tidak boleh hapuskan Grab dan Uber tetapi adalah untuk menya­maratakan peluang-peluang perniagaan oleh pengusaha teksi dan e-hailing ini,’’ katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

KAMARUDDIN JAAFAR
KAMARUDDIN JAAFAR 

Sementara itu, jelas Kamarudin, Kementerian Pengangkutan telah membuat keputusan sebelum ini supaya syarat-syarat yang dikenakan bagi pengendali sistem e-hailing mestilah sama dengan syarat dikenakan kepada syarikat-syarikat teksi.

“Ini bermakna pengusaha e-hailing tidak ada satu kelebihan untuk mereka menjalankan perniagaan.

“Cuma masalahnya kini syarat terhadap e-hailing itu sedang dilaksanakan secara berperingkat dan kementerian telah memberikan tempoh selama enam bulan bermula 1 Januari 2019 untuk semua syarat tersebut dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, jelas Ka­marudin, sebagai Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentunya mengambil berat tentang kebajikan seluruh penduduk pulau tersebut termasuk golongan pemandu teksi.

Dr. Mahathir kelmarin meluahkan hasrat meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas terguris hati de­ngan perbuatan segelintir pemandu teksi pada sesi dialog di Langkawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN