BANGI 20 Okt. – Jabatan Imigresen akan menyenarai hitam nama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk keluar negara sekiranya ada permintaan daripada pihak berkuasa. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, bagaimanapun, setakat ini tiada permohonan untuk berbuat demikian daripada mana-mana agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Siasatan kes ini dijalankan SPRM. Bagaimanapun, jika ada permintaan, Jabatan Imigresen akan…










