KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. belum membincangkan tindakan untuk melantik warga asing sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin berkata, mesyuarat pertama yang berlangsung bulan lepas membincangkan perlunya perwakilan yang padu serta pasukan profesional yang sudah biasa dengan isu-isu bagi mengelola dan mengurus (Khazanah). “Tidak ada perbincangan mengenainya (mengambil pekerja asing),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Khazanah Megatrends 2018…










