Tiada Oktoberfest di Johor - MB - Utusan Malaysia

Tiada Oktoberfest di Johor – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Okt. – Kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penganjuran mana-mana pesta berkait dengan arak termasuk Oktoberfest di Johor.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pihaknya tidak boleh menghalang mana-mana individu meminum arak, namun penganjuran pesta sedemikian tidak dibenarkan.

“Jika bukan Islam minum di tempat biasa, itu tidak boleh dihalang kerana memang di premis yang berlesen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi untuk menganjurkan pesta perlu ada lesen dan kita tidak ada keluarkan sebarang kesen untuk penganjuran pesta sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Hari Kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini