TIDAK cukup rasanya lima jam untuk saya menyelami perasaan mangsa gempa bumi Palu, Sulawesi, Indonesia yang meragut lebih 1,5000 nyawa sewaktu berpeluang menyertai misi bantuan kemanusiaan di Palu dan Balik Papan, Indonesia, baru-baru ini. Namun, setiap wajah itu ada 1,001 cerita yang dapat dijadikan panduan dan iktibar buat rakyat di Malaysia termasuk saya. Peluang mengikuti misi bantuan kemanusiaan bersama 23 krew Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada 22 Skuadron itu,…










