Tiada kejadian tanah runtuh di Bentong - Utusan Malaysia

Tiada kejadian tanah runtuh di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Anih Berhad pemegang konsensi Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menafikan berita yang ditular di media sosial Whatsapp mengenai kejadian tanah runtuh di KM52.4, KLK berhampiran Bentong, hala  ke Timur petang tadi.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Anih Bhd, Fazlyaton Hussein dalam satu kenyataan kepada media berkata, berita palsu berkenaan yang ditular menerusi “voice note” media sosial Whatsapp itu disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon orang yang tidak bertanggungjawab menghentikan penularan info palsu ini, siasatan mendapati berita yang ditularkan itu adalah kejadian yang berlaku pada 2015.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk pengguna LPT1, sila ikuti laman rasmi Facebook LPT dan Twitter @LPTTrafik bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini