PUNCAK BORNEO 4 Okt. – Belum ada ancaman kemasukan militan dikesan masuk ke negeri ini, namun polis tetap melaksanakan pemantauan dan risikan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan terjamin. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof berkata, setakat ini tiada maklumat risikan diterima mengenai kemasukan anasir-anasir militan ke negeri ini. “Kita sudah buat kajian yang mana keselamatan sempadan darat malah air perlu dilihat secara serius, bukan hanya menanti ancaman datang…










