Tiada aduan politik wang dalam parti - Saifuddin - Utusan Malaysia

Tiada aduan politik wang dalam parti – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – PKR setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan politik wang sepanjang pemilihan parti berlangsung, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, sekiranya mana-mana anggota PKR mempunyai maklumat mengenai salah laku tersebut, mereka perlu segera mengemukakan aduan.

“Buat masa sekarang ketika interview ini dibuat, Pejabat Setiausaha Agung masih belum menerima sebarang aduan. 

“Apakah ia benar-benar berlaku atau tidak, hanya anggota parti di bawah sahaja yang tahu dan kalau itu berlaku saya anjurkan mereka angkat aduan segera,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Tabung Bencana Sulawesi di Menara SSM, di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR dan beliau menyeru anggota parti untuk menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu.

Saifuddin Nasution berkata budaya politik wang yang menghancurkan UMNO sebagai parti utama yang memerintah negara sebelum ini tidak akan dibenarkan  sama sekali bertapak dalam PKR. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN