Ti Lian Ker tawar bertanding Naib Presiden MCA - Utusan Malaysia

Ti Lian Ker tawar bertanding Naib Presiden MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden MCA dalam pemilihan akan datang.

Menerusi laman sosialnya, Lian Ker berkata, tindakan itu bagi memastikan kelansungan parti itu sekaligus mengembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap MCA.

“Sudah tiba masanya kita melakukan perubahan untuk memastikan MCA terus dipercayai oleh mereka di luar sana.

“Kita perlu berkorban untuk MCA yang sering membantu orang ramai di luar sana dalam keadaan susah dan senang,” ujarnya.

Menurut lagi, seorang pemimpin akan silih berganti namun parti untuk kaum Cina perlu ada dalam mempertahankan hak mereka.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN