Thailand antara negara rekod kehilangan pasport Malaysia tertinggi - Utusan Malaysia

Thailand antara negara rekod kehilangan pasport Malaysia tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Thailand antara negara yang merekodkan kehilangan pasport Malaysia paling tinggi dengan 90 peratus kehilangan dokumen itu dilaporkan berlaku di kawasan beli-belah utama di sekitar bandar raya ini.

Tahun lepas, sebanyak 124 pasport Malaysia dilaporkan hilang di negara ini manakala bagi tahun ini sehingga September lalu pihak Kedutaan Malaysia di sini menerima laporan 87 keping dokumen tersebut hilang daripada simpanan pemiliknya.  

“Kebanyakan kehilangan pasport negara ini berlaku di Pratunam, sebuah kawasan beli-belah terbuka  yang terkenal di tengah-tengah kota Bangkok. Kehilangan (pasport) juga berlaku di Chatuchak (pasar mingguan terkenal),” demikian menurut sumber kedutaan kepada Bernama baru-baru ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber yang memohon identitinya tidak didedahkan atas faktor bidang kuasa, berkata punca utama kehilangan pasport ialah kecuaian pemegang sendiri yang kadangkala terlalu leka membeli-belah  sehingga  tidak sedar dokumen itu hilang. 

“Kerap kali rakyat Malaysia itu sendiri tidak menganggap pasport mereka sebagai dokumen yang amat  penting dan oleh itu tidak menjaganya dengan baik. Mereka meletakkan pasport di tempat yang mudah tercicir atau mudah dicuri,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini