Thai perhebat ‘saring’ warga asing - Utusan Malaysia

Thai perhebat ‘saring’ warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 21 Okt. – Pihak berkuasa Thailand meningkatkan kawalan ke­selamatan menerusi ope­rasi X-Ray Outlaw Foreigner bagi membendung masalah warga asing yang tinggal melebihi waktu yang ditetapkan serta pendatang asing tanpa izin.

Ini sekali gus menolak tanggapan bahawa operasi itu menggunakan pendekatan berasaskan perkauman kerana me­nyasarkan ‘orang berkulit hitam’, menyebabkan pihak tertentu bimbang golongan mencari perlindungan atau suaka akan turut ditahan.

Ketika ini, puluhan juta berkunjung ke Thailand setiap tahun kerana kosnya yang murah dan pantai yang menarik termasuk segelintir yang masuk untuk mendapatkan perkhidmatan daripada industri seks di negara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan penguatkuasaan un­­dang-undang yang lemah, jenayah tanpa sempadan dan ra­suah menyebabkan negara tersebut menjadi hab bagi jenayah transnasional sehingga pihak berkuasa mengiatkan ope­rasi tersebut.

Operasi yang dijalankan itu telah bermula setahun lalu, dengan kira-kira 1,000 orang berjaya ditangkap dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kebanyakannya tinggal melebihi tempoh visa yang ditetapkan.

Meskipun, majoriti yang ditahan itu adalah pendatang dari negara terdekat namun kempen itu telah mencetuskan kebimbangan berdasarkan warna kulit.

“Tugas kami adalah mengklasifikasikan siapa yang berkulit gelap dan siapa yang mungkin melakukan jenayah,” kata Ketua Biro Imigresen, Surachate Hakparn.

Beliau memberitahu, operasi itu bertujuan untuk menghidari penyalahgunaan visa dan menahan penjenayah terutama sindiket love scam yang memikat penduduk tempatan menerusi dalam talian dan menipu wang mangsa.

Surachate menegaskan kebanyakan anggota sindiket adalah warga Nigeria atau Uganda. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini