TFC II optimis rangkul Piala Cabaran - Utusan Malaysia

TFC II optimis rangkul Piala Cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Ketua Jurulatih Terengganu Football Club II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan optimis skuad kendaliannya mampu mengatasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC pada aksi akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok sekali gus merangkul kejuaraan edisi sulung Piala Cabaran.

Beliau berkata, sekiranya nasib berpihak kepada skuad Pantai Timur terbabit, kejayaan menjulang Piala Cabaran tersebut sudah pasti hadiah termanis akan dikecapi selepas mengharungi musim suram sepanjang kempen Liga Premier.

“Ini merupakan pertemuan keenam antara TFC II dengan UKM FC, jadi sudah semestinya kami mengetahui kelebihan serta kekurangan pasukan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa mengingatkan pemain agar memanfaatkan setiap peluang yang ada selain perlu mengelak melakukan kesilapan kecil supaya tidak mengganggu rentak perlawanan. Pentas final ini ibarat peluang yang terbuka kerana kedua-dua pasukan mampu untuk menjuarai perlawanan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pra-perlawanan di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu di sini hari ini.

Pada aksi akhir pertama Piala Cabaran, UKM FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selepas sekadar terikat 2-2 dengan TFC II di Stadium Shah Alam, Selangor.

Keputusan tersebut menyaksikan kelebihan kini memihak kepada TFC II yang memperoleh dua gol di tempat lawan sebagai bekalan bagi aksi timbal balik di Kuala Terengganu.  – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini