Teluk Kumbar dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Teluk Kumbar dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Lebih lima buah kawasan di Teluk Kumbar di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan hampir dua jam sejak pukul 1 petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas adalah di Kampung Nelayan, Kampung Suluk, Kampung Masjid, Kampung Paya dan di kawasan flat Taman Perda.

Keadaan air ketika ini dilaporkan berada pada paras lutut.

Dalam kejadian itu, kira-kira 20 murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu terpaksa dibawa pulang menaiki kenderaan pacuan empat roda berikutan pekarangan sekolah itu turut dinaiki air.

Seorang penduduk, Azli Nordin berkata, kediamannya mula dimasuki air kira-kira pukul 2.45 petang tadi dan mereka kini sedang mengalihkan barangan elektrik dan perabot di tempat lebih selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN