PORT DICKSON 1 Okt. – Gara-gara ketiadaan stesen gas asli kenderaan (NGV), kira-kira 120 pemandu teksi di daerah ini terpaksa memandu lebih 30 kilometer ke Seremban untuk mendapatkan bahan bakar tersebut. Ekoran masalah itu, ramai yang terpaksa berulang-alik dan menanggung kos tambahan yang menjejaskan pendapatan harian. Pengerusi Persatuan Kebajikan Tuan Punya dan Pemandu Teksi, Kereta Sewa Daerah Port Dickson, Rosli Latif berkata, mereka pernah mengemukakan masalah berkenaan kepada wakil rakyat…










