RIYADH, Arab Saudi 12 Okt. – Argentina, yang turun tanpa bintang Lionel Messi, membelasah Iraq 4-0 dalam aksi persahabatan hari ini dengan kesemua gol disumbangkan oleh Lautaro Martinez, Roberto Pereyra, German Pezzella dan Franco Cervi. Penyerang Inter Milan Martinez meledak gol sulungnya bersama Argentina untuk meletakkan skuad bimbingan Lionel Scaloni di depan pada minit ke-18 di Stadium Putera Faisal bin Fahd. Pereyra menambah gol kedua Argentina pada minit ke-53 sebelum Pezzella dan Cervi melengkapkan kemenangan tersebut dalam tempoh lapan minit terakhir. Aksi persahabatan itu juga menyaksikan penjaga gol Sergio Romero,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya