PUTRAJAYA 5 Okt. – Pelaksanaan penggunaan petrol RON95 EURO4M yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Oktober lalu ditangguhkan sehingga 1 Januari 2020. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarikat-syarikat minyak memerlukan lebih masa untuk membuat persediaan bagi memastikan bekalan petrol tersebut memenuhi keperluan pasaran di Malaysia tanpa memberi kesan kepada harga jualan runcit sedia ada. “Langkah ini adalah untuk menjajarkan perubahan harga kos produk…










