Bergelar seorang selebriti bermakna setiap gerak geri akan menjadi perhatian masyarakat dan itulah bayaran yang perlu dibayar oleh penyanyi baharu, Tajul Arif Md. Shari apabila dikatakan tidak beradab baru-baru ini. Tajul, 20, yang hadir sebagai artis jemputan dalam program realiti I Can See Your Voice baru-baru ini telah dirakam oleh salah seorang peminat sedang bermain telefon sewaktu rancangan sedang berlangsung. Rata-rata peminat mengecam adik kepada arwah vokalis kumpulan Spin, Achik,…










