PETALING JAYA – Tajikistan mencipta sejarah layak ke final Kejuaraan Bawah 16 (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) buat julung kali selepas menewaskan juara dua kali, Korea Selatan 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, di sini malam tadi. Perlawanan berkenaan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi penuh perlawanan. Kemenangan itu menyaksikan…










