PALU 2 Okt. – Tahap kemusnahan gempa bumi dan tsunami di Sulawesi akan diketahui hari ini apabila pasukan penyelamat mula memasuki kawasan terpencil yang terputus hubungan lebih daripada tiga hari. Berdasarkan laporan daripada pasukan penyelamat Palang Merah yang sampai ke Donggala, daerah dihuni 300,000 orang penduduk, situasi di kawasan itu seperti mimpi ngeri. “Bandar Palu terjejas teruk akibat bencana itu dan laporan pertama di Donggala menunjukkan ia turut menerima kesan kemusnahan besar serupa,” kata jurucakap pertubuhan itu. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya