SEREMBAN – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun dan bunuh suri rumah, K.Gunawathy, 39, di Taman Seremban Jaya Fasa 10 di sini tengah hari kelmarin ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu kejadian. Sumber polis berkata, suspek berusia 36 tahun ditangkap sepasukan anggota polis di sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin kira-kira pukul 10 malam. Menurut sumber berkenaan, polis turut merampas sebuah motosikal Honda EX5 yang digunakan suspek dan menemui semula telefon bimbit serta kad sim milik mangsa yang dilarikan dalam kejadian samun tersebut. “Turut dirampas wang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya