IPOH 17 Okt. – Sebanyak RM46,330 berjaya dikumpulkan menerusi derma orang ramai di negeri ini untuk membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu di Sulawesi, Indonesia. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, derma itu disumbangkan menerusi Tabung Bencana Nusantara di masjid dan surau di seluruh negeri. Menurutnya, dijangkakan lebih banyak sumbangan akan diterima setelah kempen mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam di…










