KUALA LUMPUR 15 Okt. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini meluangkan masa menziarahi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda meluangkan masa selama hampir 45 minit bersama Sultan Ahmad Shah yang kini sedang menerima rawatan di IJN.
Sultan Ibrahim turut mendoakan supaya Sultan Ahmad Shah terus diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh.-UTUSAN ONLINE










