JOHOR BAHRU 2 Okt. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor. Sultan Ibrahim bertitah, baginda amat kesal apabila terdapat dakwaan yang kini tular dalam laman media sosial mendakwa keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru. “Jangan senang sangat membuat apa-apa (tuduhan) atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan…










