JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor berhubung pengambilan tanah sebuah sekolah agama swasta di sini. Menerusi catatan dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah, fitnah itu yang mendakwa kononnya keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru kini tular dalam laman media sosial. Menurut baginda, ia sengaja disebarkan dalam media sosial meskipun berita berkenaan tidak benar. “Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya