KUANTAN 6 Okt. – Malaysia akan menyalurkan bantuan wang tunai RM1 juta kepada Indonesia bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah baru-baru ini. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain wang tunai, turut disalurkan bantuan barangan keperluan menerusi Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA). “Bantuan wang tunai ini disalurkan atas nama kerajaan Malaysia dan rakyat di negara ini bagi…










