BURIRAM, Thailand 5 Okt. – Juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi sedar dengan kemampuannya dan berpendapat peluang untuk dia mempertahankan kedudukan ketiga keseluruhan sehingga tamat musim ini nampak sukar. Ketika ini Rossi memiliki kelebihan 29 mata berbanding rakan sepasukannya, Maverick Vinales dan penunggang Ducati, Jorge Lorenzo yang turut berkongsi kedudukan ketiga di dalam senarai kejuaraan dunia MotoGP. “Saya memiliki kelebihan 29 mata di depan Maverick (Vinales) tetapi dia beraksi…










