KUALA LUMPUR – Kontinjen negara meletakkan sasaran untuk mengulangi pencapaian 15 pingat emas empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan di temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta bermula Sabtu ini. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun sasaran berkenaan tidak berubah daripada edisi lalu namun beliau percaya ia tidak mustahil untuk melepasi sasaran tersebut berlandaskan persiapan rapi dan semangat jitu atlet negara. Beliau menjelaskan sandaran…










