Suasana pemilihan PKR Marang berjaya ditenteramkan - Utusan Malaysia

Suasana pemilihan PKR Marang berjaya ditenteramkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 5 Okt.- Insiden kekecohan yang berlaku sewaktu proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di cabang Merbok dan Jerai Kedah pada 22 September lalu nyaris berulang di cabang Marang.

Bagaimanapun, di atas tindakan pantas kalangan ahli PKR tempatan berjaya mententeramkan sekumpulan ahli luar, dipercayai melibatkan Ahli Muda Keadilan (AMK) dari negeri lain yang turut berkempen saat- saat akhir.

Insiden mula tercetus sekitar pukul 9.30 hingga 10 pagi sejurus pusat pengundian dibuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan insiden berlaku apabila sekumpulan ahli luar yang turut dikaitkan dengan insiden di Kedah sebelum ini cuba berkempen secara terlampau mengenai calon yang bertanding dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kepada pengundi tempatan.

Malah tindak tanduk kumpulan ini yang turut mengganggu Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang bertugas sebagai pemantau menyebabkan suasana menjadi sedikit panas.

Mereka bertegang leher selama beberapa minit sehingga hampir berlaku pergaduhan sebelum ahli tempatan terpaksa masuk campur beradà ditengàh-tengàh kumpulan tersebut bagi menghalang berlakunya perkara tidak diingini .

Kumpulan yang menimbulkan kekacauan itu juga diminta keluar dan berada di luar pagar buat sementara bagi meredakan keadaan.

Insiden itu bagaimanàpun tidak menjejaskan proses pengundian pemilihan PKR cabàng Marang yang bermula pada pukul 9 pagi tadi hingga 5 petang ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini