GEORGE TOWN – Polis sekali lagi berjaya menumpaskan satu sindiket menyeludup dan mengedar dadah bernilai RM1.5 juta selepas menahan satu pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di negeri ini, Isnin lalu. Kedua-dua suspek berusia 52 dan 44 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan mulai pukul 11.20 malam hingga 2.30 petang keesokannya. Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Roslee Chik berkata, suspek lelaki diberkas bersama sejumlah dadah yang disembunyikan di…









