PUTRAJAYA – Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan dijalankan pada 16, 17, 18, 22 dan 23 Oktober ini. Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Pendidikan berkata, seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang akan diadakan di 257 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja dan dikendalikan oleh 1,102 petugas yang telah dilantik. Menurut kenyataan itu calon peperiksaan merangkumi pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah…










