LONDON – Agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengendalikan kes yang terlalu banyak dan terpaksa menentukan kes keutamaan untuk didahulukan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Memberikan dakwaan penyelewengan wang kerajaan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh kes prioriti, Mahathir berkata kes berkenaan disiasat SPRM serta PDRM dan agensi berkenaan tidak perlu melaporkan kepadanya. “Mereka bertindak…










