Sokong boikot produk LGBT - Utusan Malaysia

Sokong boikot produk LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA menyokong penuh langkah memboikot produk usahawan yang mempromosikan gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Perak, baru-baru ini.

Bukannya mahu menutup pintu rezeki sesiapa sebaliknya sebagai pengajaran kepada golongan yang tidak serik mempromosikan gaya hidup songsang dan liberal selepas menjadi kaya dek sokongan orang ramai.

Memang kerap golongan LGBT mengadu terpaksa hidup di lorong-lorong gelap kerana tidak diterima masyarakat tetapi hakikatnya mereka bebas bergerak mencari rezeki dalam pelbagai industri.

Lihat industri hiburan, usahawan kecantikan, pegawai perhubungan awam syarikat korporat, ‘mak’ andam dan banyak lagi dikuasai golongan tersebut.

Namun, itu tidak bermakna mereka boleh menggunakan kekayaan yang diperolehi untuk mengangkat gaya hidup songsang secara terbuka seolah-olah norma bagi manusia khususnya umat Islam.

Saya juga sangat kecewa dengan keangkuhan kenyataan balas kononnya tidak mahu lagi memberi zakat dan sedekah di Perak susulan tindakan boikot itu seolah-olah rakyat negeri Perak bergantung hidup atas duit mereka.

Sedarlah bahawasanya umat Islam memboikot kerana tidak setuju dengan gaya hidup kamu yang dipromosikan dan ditayang secara terbuka, bukannya ada dendam peribadi.

Jika hidup tidak cuba menaikkan nama dan gaya hidup songsang, tiada siapa pun akan kacau hidup mahu pun perniagaan mereka.

Jika itu pun tidak faham, sekurang-kurangnya fikirkan air muka ibu bapa yang masih lagi Melayu Islam.

Saya harap semua negeri lain turut serta memboikot selagi mana golongan itu masih cuba membawa agenda LGBT secara terbuka sama ada dalam media sosial atau pun di tempat awam.

WANITA TULEN

Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN