JOHOR BAHRU 6 Okt. – Skuad hoki remaja negara memulakan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) dengan langkah kiri setelah tewas kepada India 2-1. Gol pembukaan India hadir pada minit ke-10 setelah percubaan gol padang oleh Harmanjit Singh gagal diselamatkan penjaga gol Malaysia, Adrian Albert. Sementara gol kedua India hadir pada minit-47 menerusi gol padang Shilanand Lakra yang sekali lagi menewaskan penjaga gawang negara. Percubaan skuad remaja negara mencipta jaringan…










