BENTONG 10 Okt. – Komitmen dan kesungguhan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong dalam membanteras wabak denggi terbukti apabila dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Patrol Denggi 2018 peringkat negeri. Kemenangan berdasarkan penilaian dari Februari hingga Mei lalu itu membolehkan SMK Bentong membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500 dan sijil. Pengetua SMK Bentong, Hanifah Veerankutty berkata, kejayaan merangkul juara sekali gus membolehkan sekolah berkenaan mewakili Pahang ke peringkat Kebangsaan merupakan hasil usaha keras semua pihak termasuk guru, pelajar dan ibu bapa. “Pencapaian ini mampu menaikkan nama sekolah dan menjadi hadiah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya